
Siapa yang tidak kenal kasut, satu barang yang popular menjelang raya. Ia menjadi barang keperluan bagi setiap individu ketika ingin berjalan du luar rumah. Setiap kasut mempunyai bentuk yang berbeza mengikut fungsinya yang tersendiri. Walaupun fungsi utama kasut adalah untuk memelihara dan melindungi kaki daripada sebarang kecederaan,namun seiring dengan perkembangan dunia fesyen, kasut telah menjadi satu seni rekaan yang berkembang di seluruh dunia. Banyak jenama kasut yang terkenal di luar Negara telah masuk ke Negara kita. Antaranya ialah kasut crocs, kasut nike, adidas, kasut asics, kasut bonia, kasut converse, kasut guess, Gucci, mizuno, puma, polo, prada, princess, reebok, Rorine, kasut Timberland, kasut Vincci, Vans, Vintage dan banyak lagi. Kasut juga berbeza bagi lelaki, wanita, muslimah dan kanak-kanak/budak/bayi. Kasut wanita biasanya mempunyai pelbagai rekabentuk seperti kasut tumit tinggi dan sebagainya. Manakala kasut pengantin dipenuhi corak-corak yang menarik.
Kasut juga direka mengikut ciri-ciri bagi sesuatu tujuan terutama dalam bidang sukan, bidang keselamatan, pekerjaan, pelajar sekolah, dan lain-lain lagi. Antara kasut sukan yang popular adalah seperi kasut futsal, kasut badminton,tennis, kasut golf, kasut bola, kasut spike untuk olahraga, kasut roda dan sebagainya. Kini, kasut bundle atau kasut terpakai menjadi satu trend baru bagi mereka yang ingin mendapatkan kasut berjenama dengan harga yang murah. Jadi tidak hairanlah banyak pembekal dan pemborong kasut yang mengimport kasut-kasut dari luar Negara dan menjualnya kepada penjual pasar malam, kedai-kedai kasut dan ada juga yang jual secara online. Pemborong kasut wanita, crocs dan kanak-kanak merupakan pemborong yang paling ramai buat masa ini. Pemborong kasut terpakai juga semakin meningkat disebabkan permintaan yang tinggi oleh pengguna.