Kain pasang merupakan kain separuh siap yang tidak dijahit dan dijual kepada pelanggan khususnya kepada para penjahit baju. Jika dilihat di kedai kedai pakaian atau blog yang menjual kain pasang, terdapat pelbagai jenis dan corak yang diniagakan antaranya ialah kain pasang batik, cotton, tissabella digitalsilk, jacquard prelude quante , serai wangi, swiss cotton dan banyak lagi. Kain pasang yang selalu menjadi perhatian adalah kain pasang cotton kerana kain ini sejuk, tidak menyerap haba dan tidak melekit.Selain itu, kain ini tidak perlu dijaga rapi kerana boleh dibasuh tangan atau mesin basuh tanpa merosakkan fabric dan coraknya. Kain pasang selalunya di dibeli untuk dijadikan pakaian siap seperti baju kurung , baju kebaya, baju batik, blouse dan sebagainya. Para penjual kain pasang seperti biasa akan membeli kain pasang secara pukal daripada pemborong supaya dapat harga yang murah . Kini, kain pasang banyak diinspirasikan oleh pereka fesyen muslimah dari luar negara sperti Lawung Thobes/ Tubbas yang banyak membuka mata mengenai fesyen berhijab dan kain pasang juga kini telah ditambah keunikan dengan penggunaan kristal, labuci manic dan sulam untuk lebih menarik perhatian para pembeli. Kerana permintaan semakin tinggi dan lebih menarik, perniagaan kain pasang semakin hari semakin berkembang terutamanya bila menjelangnya hari raya.
Category Archives: Kain
Perniagaan Kain cotton Borong
China merupakan salah satu pembekal terbesar di Malaysia, antara barang – barang buatan China adalah permainan kanak- kanak , baju , peralatan dapur dan tidak ketinggalan kain cotton dari China. Perniagaan Kain cotton di Malaysia sentiasa mendapat tempat di kalangan kaun wanita . Kain cotton atau dikenali juga sebagai katun adalah jenis kain berbahan dasar serat kapas. . Terdapat pelbagai produk yang boleh dihasilkan daripada kain cotton China. Antaranya ialah blouse , baju kurung , pakaian bayi dan lain – lain lagi. Kain cotton ini juga kebiasaannya akan dibeli secara pukal oleh pemborong dan kemudian selain dijual, pemborong tersebut akan mengagihkan kain – kain tersebut ke peniaga peniaga kedai pakaian. Ramai yang sukakan kain cotton ini kerana ia mudah didapati di kedai- kedai pakaian berhampiran, lebih lembut, menyerap keringat dan tahan panas malah golongan remaja juga gemar memakai baju kurung jenis kain cotton kerana selain selesa dan lembut, ia juga merupakan satu fesyen yang baru. Jika anda seorang pengusaha Perniagaan Kain cotton silalah promosikan bisnes anda di sini.
Perniagaan Kain Pasang Borong

Kain pasang atau kain ela biasanya digunakan untuk membuat baju kurung, baju kebaya dan sebagainya. Ramai yang gemar membeli kain pasang untuk ditempah di butik atau kedai kerana jaminan keselesaan pemakainya. Kain Pasang mempunyai pelbagai jenis; antaranya ialah seperti kain 1 malaysia, thai silk, bercorak batik, kain yang jenis bersulam, plain, chiffon, English cotton dan sebagainya. Kebanyakkan kaum wanita suka mencari jenis kain-kain pasang yang terkini, terbaru , eksklusif dan biasanya mengikut fesyen dan mengikut trend terkini. Ada yang gemar Koleksi kain pasang dari vietnam dan ada yang dari Indonesia.
Kini, banyak kedai yang menjual kain pasang menjual dengan harga yang murah atau secara borong di kedai-kedai borong seperti di jalan kenanga dan di sekitar KL. Ada juga yang menjualnya secara online di internet. Perniagaan kain pasang semakin hari semakin bertambah kerana permintaan yang tinggi terhadap dunia fesyen yang semakin canggih dan terkini. Setiap tahun ada pelbagai jenis dan corak kain akan dihasilkan menyebabkan stok-stok lama tidak laku dan dibuat jualan murah sehingga 70%. Kepada yang berminat berniaga kain pasang bolehlah mencari pemborong yang boleh memberikan tawaran harga borong yang murah.
Perniagaan Kain Borong

Setiap bulan ramai yang sibuk mencari kain, Menjelang hari raya apatah lagi. Tidak kiralah kain cotton, kain pasang, kain ela, kain sulam, kain kapas dan pelbagai lagi jenis kain. Ada yang ingin buat baju, buat langsir dan pelbagai jenis lagi kegunaan. Jadi tidak hairanlah bahawa ramai pengusaha kain yang berjaya mengaut keuntungan menjelang hari raya. Tidak ketinggalan juga banyak pemborong kain yang sibuk mengimport pelbagai jenis kain terutamanya kain daripada negara China dan Vietnam. Ketika inilah pemborong kain akan sibuk mempromosikan kain mereka dengan harga borong yang boleh menarik hati penjual. Banyak juga yang cuba menjual secara online. Jadi, tidak hairanlah ramai pemborong kain yang berjaya menggandakan pendapatan mereka. Jika anda seorang pemborong kain tidak kiralah jenis apa, dari mana, murah atau mahal, silalah boleh promosikan kain anda di sini.