Beg merupakan salah satu aksesori yang digemari oleh kaum wanita, khususnya golongan remaja dan dewasa yang menganggap beg merupakan satu keperluan bagi kehidupan seharian mereka. Terdapat pelbagai jenis beg yang slalu diborong oleh pemborong antaranya beg sekolah untuk individu yang masih di alam persekolahan, beg labtop ,beg perkhemahan, beg tangan dan sebagainya. Terdapat pelbagai barang yang boleh dimasukkan di dalam beg yang digunakan seperti , dompet , telefon bimbit, tisu dan lain- lain. Pemborong beg kebiasaannya akan membeli beg secara pukal dengan harga yang murah daripada kilang- kilang beg dan kemudian beg – beg tersebut akan dijual di kedai ataupun pusat membeli belah yang berdekatan. Terdapat juga individu yang suka membeli beg secara import kerana kebanyakan beg daripada luar negara sering dikaitkan dengan kualiti tinggi dan berjenama. Terdapat beberapa keburukan apabila beg dibeli secara import daripada pembekal import pertama keberangkalian untuk mendapat beg yang ditempah mungkin akan memakan masa yang agak lama dan harga beg tersebut terpaksa ditambah dengan cukai yang menyebabkan harga beg tersebut menjadi agak mahal. Setiap pembeli akan membeli beg berdasarkan pendapat masing –masing, ada individu yang lebih mementingkan rekabentuk yang cantik dan menarik daripada kualiti beg tersebut dan ada juga sesetengah pembeli yang tidak mengira dari segi harga asalkan beg tersebut mempunyai kualiti yang tinggi dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Perniagaan Borong beg merupakan bisnes yang menguntungkan sekiranya anda tahu caranya dan strategi pemasaran yang betul.
Perniagaan Borong beg
1 Reply