
Baju kurung sememangnya sudah dikenali bukan sahaja dalam masyarakat melayu tetapi juga kaun lain. Baju kurung sekarang dikatakan berasal dari Johor yang merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik.Di Malaysia, baju kurung mempunyai pelbagai fesyen terkini mengikut trend semasa dan mengikut golongan. Ada baju kurung kanak-kanak/budak, baju kurung ibu mengandung, baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung nikah/pengantin. Jenis baju kurung juga berbeza-beza. Ada jenis baju kurung cotton, bersulam, bermanik, labuci, lycra, sutera, plain. Koleksi baju kurung pun ada yang nipis, labuh,licin, ready-mate/siap, dan sebagainya. Ada yang meminati warna putih,hitam, hijau dan pelbagai warna lagi. Jadi tidak hairanlah ramai pemborong baju kurung yang sanggup mengeluarkan modal besar untuk memborong di China, Vietnam, Korea dan Indonesia. Potensi industri pemborong baju kurung sememangnya baik kerana permintaannya sentiasa ada terutama di kalangan pengusaha butik dan pasar malam. Secara tidak langsung, peniaga-peniaga di Malaysia sentiasa mencuba mendapatkan harga borong yang murah. Sekiranya anda seorang pemborong baju kurung, silalah promosikan perniagaan anda di sini.