Category Archives: Aksesori borong

Perniagaan Alat Ganti Kereta, Motosikal, Komputer

Perniagaan Alat Ganti Kereta, Motosikal, Komputer antara bisnes yang semakin popular sekarang. Ini kerana Alat ganti merupakan satu barang yang perlu bagi menggantikan satu bahagian komponen yang telah rosak atau sudah tamat tempohnya. Alat ganti yang biasa ditukar ialah seperti alat ganti kenderaan / kereta, alat ganti motosikal, alat ganti komputer, alat ganti basikal, alat ganti mesin basuh dan banyak lagi terutama barang yang digunakan dalam kehidupan seharian. Ada juga yang mencari alat ganti terpakai untuk mengurangkan kos. Senarai harga alat ganti yang anda perlukan boleh anda dapatkan di Kedai alat ganti berhampiran tempat anda. Anda juga boleh dapat alat ganti dari pembekal atau pengedar alat ganti yang telah dilantik oleh pihak syarikat yang berkelayakkan. Perniagaan alat ganti kenderaan sekarang kebanyakkan dimonopoli oleh kaum Cina. Mungkin menjadi pemborong alat ganti memerlukan modal yang besar menyebabkan ramai yang tidak sanggup menanggung risiko. Jika anda ada mengusahakan Perniagaan Alat Ganti Kereta, Motosikal, dan Komputer, bolehlah promosikannya di sini.

Perniagaan kerongsang

perniagaan kerongsang

Semua wanita ingin kelihatan cantik bila mengenakan pakaian. Biasanya kerongsang atau juga dikenali sebagai brooch dijadikan aksesori bagi menambahkan lagi seri baju kebaya, baju kurung dan sebagainya. Ada yang suka kerongsang jenis tradisional dan ada suka kerongsang yang mengikut fesyen terkini atau terbaru. Pelbagai jenis kerongsang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kerongsang bercorak bunga, kerongsang manik, kerongsang pin, pewter, ozel, kerongsang Kristal, couture, dan banyak lagi. Ada kerongsang yang bersaiz besar, kerongsang jenis berantai atau berjurai dan kerongsang buatan tangan atau handmade. Kerongsang mutiara dari sabah juga tidak kurang hebatnya dan ada  juga yang suka kerongsang dari korea. Ada  yang penting bagi pembeli ialah murah dan cantik. Ramai pembekal  kerongsang dari Sabah mencuba nasib menjual di semenanjung kerana terdapat permintaannya di sini. Ada juga pemborong kerongsang atau brooch yang menjualnya secara online bagi menambahkan keuntungan.
Perniagaan kerongsang juga semakin digemari kerana ia merupakan aksesori tambahan bagi seorang wanita. Adakah anda seorang penjual atau peniaga kerongsang atau anda baru ingin menceburi bidang ini, diharap anda boleh kongsikan sesuatu di sini.

Perniagaan Borong barang hantaran

Terdapat banyak persiapan yang harus dilakukan oleh bakal pengantin sebelum mendirikan rumahtangga , antaranya ialah mencari barang – barang hantaran. Barang hantaran ialah hadiah yang digubah dengan cantik dan penuh kreativiti sebelum diletakkan diatas dulang . Sudah menjadi adat kaum Melayu akan memberi dan membalas barang – barang hantaran antara pihak lelaki dan perempuan. Antara barang – barang aksesori yang boleh dijadikan barang hantaran ialah sirih junjung ,kasut , beg , kain ,alat solek , coklat, potpuri dan sebagainya. Mengikut adat juga, kiraan barang hantaran kedua- duanya pihak mestilah ganjil dan hantaran pihak perempuan mestilah melebihi hantaran pihak lelaki. Barang hantaran juga dijadikan sebagai penyeri bagi majlis tidak kira majlis pertunangan mahupun majlis perkahwinan. Kebiasannya barang hantaran yang digubah akan mengikuti tema majlis. Sebagai contoh, jika bakal pengantin telah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka bertemakan gaya nusantara, maka barang hantaran juga mestilah digubah dengan kreatif berunsurkan klasik dan semula jadi. Jika bakal pengantin kesuntukan masa untuk menyiapkan barang hantaran boleh juga dibeli secara pakej di kedai – kedai pengantin, dan aksesori barang hantaran, selain dapat menjimatkan masa, kos untuk membeli barang hantaran ini juga selalunya dijual dengan harga yang murah.

Perniagaan Borong barang hantaran merupakan perniagaan yang boleh dikatakan tidak banyak yang menceburinya kerana memerlukan modal yang besar dan perlu bersedia dengan produk hantaran yang terkini. Kebanyakkan Perniagaan  barang hantaran yang dijual secara borong adalah seperti yang terdapat di Nilai 3 dan jalan Chowkit.

Perniagaan Aksesori borong

Perniagaan borong

Aksesori ialah peralatan yang merupakan alat tambahan kepada sesuatu benda/barang atau keperluan asas. Dalam konteks aksesori di pejabat yang dimaksudkan ialah seperti meja,kerusi, rak, komputer dan sebagainya. Aksesori sememangnya mempunyai kepelbagaiannya tersendiri mengikut jenis sesuatu benda, jantina dan sebagainya. Misalnya aksesori untuk rambut,rantai, tudung, langsir lebih digemari oleh kaum wanita. Manakala aksesori kamera, computer, aksesori kereta, motor/motosikal pula lebih digemari oleh kaum lelaki. Kaum wanita biasanya lebih gemar mengumpul koleksi barang berbanding kaum lelaki. Banyak lagi koleksi aksesori yang diminati oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah seperti aksesori kereta, aksesori pengantin, aksesori kanak-kanak, aksesori laptop/komputer, aksesori handphone/telefon bimbit, aksesori basikal, aksesori Kristal, aksesori kucing, aksesori bayi/budak, aksesori ruang tamu, aksesori akuarium, aksesori gitar dan lain-lain lagi. Aksesori handphone yang digemari sekarang ialah seperti handphone blackberry dan iphone. Ramai juga yang suka menukar aksesori kereta terutama kereta proton, perodua, kancil myvi, wira,waja dan macam-macam jenis kereta lagi. Ini secara tidak langsung mendorong pemborong dan pembekal aksesori bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat. Namun, bukan mudah menjadi pemborong aksesori kerana persaingan terhadap barang aksesori ini semakin meningkat. Jika anda bijak mencari pasaran, sudah tentu anda mampu memikirkan sesuatu yang baru.